· 

SIRI MITOS, PENUBUHAN DAN AKTA BERKAITAN PUSAT TUISYEN

SIRI MITOS, PENUBUHAN DAN AKTA BERKAITAN PUSAT TUISYEN

Oleh Pengerusi Pusat Tuisyen Dinamik Pemikir

Siri ini ditulis bagi bertujuan memberikan informasi kepada masyarakat tentang fungsi dan peranan pusat tuisyen berdasarkan kepada penjelasan yang tepat serta merujuk kepada akta berkaitan. Siri ini terdiri daripada 3 Bahagian.

 

Siri Pertama: Mitos Berkaitan Pusat Tuisyen

 

Mitos 1: Pusat Tuisyen boleh ditubuhkan tanpa perlu kelulusan  pihak berwajib

Pusat Tuisyen wajib didaftarkan di bawah Seksyen 79, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

 

Mitos 2: Tiada pihak berwajib yang dikhaskan untuk memantau atau membuat penguatkuasaan terhadap Pusat Tuisyen atau institusi yang menjalankan servis tuisyen.

Penguatkuasaan dan pemantauan dilakukan oleh Bahagian / Unit Pendidikan Swasta di peringkat Negeri dan Daerah. Perkara ini dinyatakan dalam Seksyen 101: Pemeriksaan Premis Institusi Pendidikan yang tidak Berdaftar, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

 

Mitos 3: Hantar anak-anak ke pusat tuisyen berdaftar dan tak berdaftar sama sahaja.

Pusat tuisyen berdaftar dipantau oleh Kerajaan. Ia juga wajib mematuhi peraturan dan arahan yang telah digariskan Kerajaan atau berdepan dengan risiko tindakan undang-undang. Oleh yang demikian, kualiti pengajaran dan jaminan keselamatan adalah menjadi aspek utama bagi Pusat Tuisyen berdaftar.

 

Mitos 4: Tuisyen diajar oleh mereka yang tidak bertauliah serta bukan guru sekolah.

Kebanyakan guru tuisyen yang mengajar adalah dari Graduan Ijazah. Semua guru tuisyen wajib memperolehi Permit Mengajar daripada Jabatan Pendidikan Negeri untuk layak mengajar subjek yang tertentu.

 

Kurikulum / mata pelajaran yang diajar perlu selaras sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 74: Institusi pendidikan swasta hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan dan Seksyen 75: Mata pelajaran yang dikehendaki diajarkan di institusi pendidikan, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

 

Penggunaan guru sekolah kerajaan dibenarkan mengajar di Pusat Tuisyen oleh Jabatan Pendidikan dengan syarat mereka mendapat Kebenaran Bertulis daripada Guru Besar/Pengetua sekolah mereka. Pusat tuisyen boleh diambil tindakan sekiranya kebenaran bertulis berkenaan tidak diperolehi.

 

 

NANTIKAN SAMBUNGAN PADA SIRI AKAN DATANG 

Write a comment

Comments: 0