Apakah Yang Bakal Dibongkarkan Dalam Ebook Panduan Ini? Mari Kita Lihat...
Berikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhannya ...
Apakah Yang Bakal Dibongkarkan Dalam Ebook Panduan Ini? Mari Kita Lihat...
APA BENDA DROPSHIPPING ON STEROIDS TU?
Dropshipping itu satu sistem bisnes ecommerce online yang tak perlukan anda untuk pegang stok.
Tugas anda adalah:
1. Cari customer
2. Bawa order dari customer dan bagi kepada supplier
3. Supplier hantar produk terus kepada customer
4. Anda bayar supplier, dan simpan lebihan sebagai keuntungan
Dengan sistem ni… Anda..
1. TAK PERLU SIMPAN STOK. Supplier yang pegang. Anda tak perlu pening-pening dah nak shipping produk masuk dari China lah, naik turun kastam lah
dan semuanya.
2. TAK PERLU MODAL BESAR. Ada order masuk, bawa dengan supplier. Jual. Anda tak perlu lagi keluar modal besar order dan simpan stok di
rumah.
3. TAK PERLU BUNGKUS & POS PRODUK. Hantar order dengan supplier je, biar mereka urus!
Senang je kan?
Tapi ni cuma sistem dropshipping biasa. Belum masuk bab STEROID lagi.
Bezanya, adalah pada nilai matawang! Dropship biasa main Ringgit Malaysia (RM). Tapi Dropship Steroid... main United States Dollar (USD).
Pada waktu ni, kadar tukaran wang USD dengan RM ialah 1 USD = RM4.20... tapi untuk senang kira.. kita kira
RM4 jelah!
Jom kita kira-kira sikit ye!
Kita buat sale yang sama, transaksi yang sama. Bezanya hanya matawang.
Gambar sebelah kiri.. kita untung RM60. Gambar sebelah kanan.. kita untung USD60. Tukar ke Ringgit, jadi
RM240.
Anda mahu mana satu? Nak untung RM60 ke nak untung RM240?
Itu baru satu perbezaan!
Ah ha! Semua ilmu dan pengalaman yang saya ada di dalam menjalankan bisnes dropship ini.. saya sudah rakam ia dalam
bentuk video dan compilekan ia menjadi sebuah pakej video tutorial secara online!
Keseluruhannya... ada lebih 50 buah video telah saya rakamkan! Serius..! Complete..!
Video ini pula saya dah susun secara Step-By-Step... Dari mula cari produk, cari supplier, setup website, buat
iklan hinggalah kepada urus order dan layan customer! Memang complete!
Untuk memudahkan proses pembelajaran! Saya dah pecahkan video ini kepada 5 Modul!
MODUL #1 : PENGENALAN SISTEM DROPSHIP SAYA
Dalam modul pertama ini, saya akan tunjukkan kepada anda secara "BIG PICTURE" , bagaimana bisnes dropshipping yang
saya jalankan! Saya juga akan menyentuh serba sedikit persediaan dari segi mind setting apabila anda ingin memulakan bisnes dropshipping USD ini.
MODUL #2 : KAJIAN PRODUK
Dalam modul yang kedua pula! Saya akan tunjukkan anda bagaimana untuk mencari "Winning Product", iaitu
produk-produk yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi serta produk yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi agar ia berbaloi untuk dijual!
Saya juga akan tunjukkan kepada anda, bagaimana untuk menjual produk-produk ini dengan harga yang paling
optimum!
MODUL #3 : BINA KEDAI SHOPIFY
OK! Dalam Modul ketiga pula... saya akan tunjukkan kepada anda, bagaimana untuk setup kedai ecommerce
anda menggunakan website Shopify!
Modul ini agak sedikit teknikal! Tetapi.. anda tidak perlu risau!
Saya sudah rekodkan dan tunjukkan dengan detail, dari cara mula mendaftar dan buka akaun di shopify, hinggalah
kepada cara nak edit logo, setup kedai, masukkan produk, setup domain, cara nak integrate kedai shopify anda dengan sistem dropship, setup payment dan segala-galanya lah!
Complete!
Pendek kata.. kita akan setup kedai Shopify kita hingga ia boleh buat customer ‘demam’ nak beli produk kita. Kita
discuss tentang store layout, customer psychology, penentuan harga, cara penulisan ciri produk dan lain-lain!
Sangat lengkap! Sebab itu, untuk modul ini sahaja, ada 19 video kesemuanya!
MODUL #4 : STRATEGI PENGIKLANAN FB
Selepas dah siap setup website! Langkah seterusnya pula, adalah menarik trafik dan membawa trafik
tersebut ke website kita!
Untuk trafik ini, saya ajarkan kepada anda cara yang paling pantas mendapatkan trafik! Iaitu dengan menggunakan
Facebook Ads!
Facebook Ads Mahal? Tak Berkesan? Takut Rugi?
Jangan risau!
Kalau anda buat facebook ads tanpa ilmu & strategi yang betul.. memanglah ia akan jadi mahal dan
merugikan!
Sebab itu, dalam modul ini, saya akan tunjukkan anda bagaimana untuk setup facebook ads dengan betul dan
menguntungkan!
MODUL #5 : URUS OPERASI KEDAI
Kedai dah siap! Trafik dah ada! Order pun dah dapat!... Jadi macam mana pula nak uruskan order
tersebut?
Hah!.. Perkara ini saya tunjukkan dalam modul yang kelima!
Bagaimana untuk uruskan order? Macam mana nak forward order kepada pihak pembekal supaya pihak pembekal boleh
hantar terus produk tersebut kepada pembeli?
Bagaimana pula untuk dapatkan feedback dan testimonial yang baik daripada pembeli?
Hah! Semua ini saya tunjukkan dalam modul kelima ini!
DAPATKAN SEKARANG DENGAN KLIK BUTANG MERAH DI BAWAH!!
Apa Yang Terkandung Dalam Ebook Ini?
Baiklah! Untuk memberikan anda gambaran yang lebih jelas... saya terangkan apa yang terdapat pada setiap bab di dalam ebook ini!
Apakah Isi Kandungan & Manfaat Yang Terdapat Di Dalam Ebook Ini?
Menerusi ebook ini, anda akan didedahkan dengan...
Buku ini bukanlah sesuai untuk semua orang, ianya hanya sesuai untuk mereka yang seperti dibawah..
ISI KANDUNGAN
1. Kenapa Kambing?
Pada bab permulaan ini, saya kongsikan serba sedikit info berkaitan sejarah kambing serta apakah 7 kelebihan penternakan kambing berbanding ternak-ternakan lain.
2. Modal & Sumber Kewangan
Terdapat 4 cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan.
3. Tenaga Kerja - Siapa Nak Jaga?
Menjadi satu dilema yang besar, terutama sekali kepada anda yang masih bekerja makan gaji tetapi dalam masa yang sama, mahu memulakan projek penternakan kambing ini secara sambilan. Dalam bab ini, saya kongsikan 2 cara yang boleh anda gunakan untuk mencari orang menjaga ternakan anda.
4. Kandang Kambing
Ada banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan apabila hendak membina kandang kambing. Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang 10 perkara penting berkaitan kandang yang perlu anda tahu sebelum membinanya. Saya juga kongsikan beberapa gambarajah bentuk kandang kambing.
5. Makanan Kambing
Untuk menghasilkan kambing yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri 3G (bukan talian 3G yer!) , faktor pemberian makanan adalah faktor yang penting. Dalam bab ini, saya ceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh anda jadikan makanan kambing. Malah, dalam bab ini, saya siap tunjukkan juga secara bergambar, langkah-demi-langkah menanam rumput khas yang sememangnya adalah merupakan sumber utama makanan kambing. Dengan menanam rumput ini, anda akan dapat menjimatkan sebahagian besar kos makanan kambing.
6. Baka Kambing
Kambing ini memang ada banyak jenis dan baka. Jadi, dalam bab ini, saya kongsikan tentang 5 jenis baka kambing yang selalu di jadikan baka permulaan serta, bagaimanakah untuk memilih baka yang terbaik? Sebenarnya, ada teknik khas untuk memilih seseekor kambing itu, untuk dijadikan baka. Perkara ini sangat penting, sebab, kalau anda silap pilih baka, maka...kambing-kambing yang dilahirkan selepas itu, akan kurang berkualiti, kurus, dan mudah mendapat penyakit.
7. Pembiakan Kambing
Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anak dan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir.
8. Masalah Kambing
Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya.
9. Teknik Memerah Susu
Ini paling seronok, saya tunjukkan secara bergambar, bagaimana untuk memerah susu kambing dengan betul. Sebab, kalau silap perah, mahu kena terajang dengan kambing nanti.. He he! Seronok & puas beb dapat perah susu kambing nie!
10. Pengurusan Kambing
Jadual harian di dalam menguruskan penternakan kambing.
11. Pemasaran
Bila kambing dah banyak, mestilah anda nak jual pulakan? Jadi, dalam bab ini, saya senaraikan 8 kaedah dan saluran yang boleh anda gunakan di dalam memasarkan hasil penternakan kambing anda.
Apa Yang Terkandung Dalam Ebook Ini?
Ada 4 langkah utama yang telah saya susun di dalam ebook ini! Iaitu...
1. Stretagi Marketing
2. Strategi Deal
3. Preparation Untuk Mengajar
4. Tips & Trick Semasa Mengajar
Step 1 - Strategi Marketing
Macam yang katakan diatas, antara bahagian yang paling sukar dalam bisnes home tuition ini adalah pada bahagian mencari pelajar untuk diajar. Jadi, perkara ini saya letakkan pada step yang pertama, iaitu mencari pelanggan (pelajar).
Apa yang menariknya, dalam bab ini, saya ada tunjukkan 4 strategi ampuh untuk mendapatkan pelanggan.
Setiap setrategi saya tunjukkan secara details. Malah, saya siap bagi contoh template serta ayat-ayat yang saya gunakan di dalam bahan pemasaran saya untuk mencari pelajar.
Saya yakin, dengan melakukan 4 strategi ini, anda pasti akan dapat mencari pelajar yang ingin belajar tuisyen dengan anda!
Step 2 - Strategi Deal
Step pertama tadi, kita buat pemasaran untuk dapatkan call dan appointment dengan parents. Bila parents dah call, maka kita kenalah jumpa mereka supaya kita boleh buat deal yang menyatakan mereka bersetuju untuk mengambil kita sebagai guru tuisyen anak mereka.
Inilah part yang agak mendebarkan!
Apakah yang kita nak cakap bila bertemu parent-parent ni?
Apakah persediaan yang perlu kita lakukan?
Hah! Anda tidak perlu risau, dalam ebook ini saya dah senaraikan 6 perkara yang perlu anda bincangkan bila bertemu dengan pihak parent nanti.
Selesai sahaja anda bincangkan 6 perkara ini! InsyaAllah, pihak parent akan berasa teruja, gembira dan bersetuju untuk melantik anda menjadi guru tuisyen personal anak mereka!
Step 3 - Preparation Untuk Mengajar
Hah! Bila dah dapat deals (project), maka, kenalah bersedia untuk jalankan tugas! Jadi, anda perlu mula buat persiapan!... Persiapan apa? Ada 7 perkara yang perlu anda persiapkan sebelum anda hadir ke sesi pertama mengajar pelajar anda di rumah mereka! Benda-benda ni semua kena setel dan ready awal-awal. Kalau boleh, semasa sesi mengajar nanti, semuanya dapat berjalan lancar. Lebih-lebih lagi pada sesi tuisyen yang pertama... ianya amat kritikal kerana, pada sesi inilah pihak parent akan membuat penilaian awal sama ada keputusan mereka mengambil anda sebagai guru tuisyen anak mereka itu berbaloi atau tidak? Jadi, jangan kecewakan harapan serta kepercayaan parent yang mereka letakkan pada anda!.. :)
Step 4 - Tips & Trick Mengajar Awesome!
Sekarang, tibalah masanya untuk anda menjalankan tugas anda yang sebenar, iaitu mengajar pelajar! Bagi anda yang baru nak bermula dan tidak pernah ada pengalaman mengajar, memang kadang-kala rasa kekok untuk mengajar buat pertama kali! Jadi, dalam bab ini, saya sharekan 8 Tips Mengajar yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan rasa kekok anda serta menjadikan sesi tuisyen anda sebuah sesi yang menyeronokkan bagi anda dan pelajar anda. Maklumlah, lain-lain pelajar, lain-lain dia punya ragam! Jadi, anda kena bijak untuk tangani ragam dan karenah mereka! Itulah secara ringkas apa yang terdapat di dalam ebook ini! Saya tulis ebook ini dengan bahasa yang santai, simple dan straight to the point! Maklumlah... saya ni kan cikgu tuisyen! Cikgu tuisyen ni kan kalau nak mengajar, mesti kena guna teknik yang simple serta straight to the point! Barulah pelajar mudah nak faham! :)
Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?
Di dalam ebook ini, saya pecahkan kepada 6 bahagian. Iaitu...
1. Bahagian Pemilihan & Pemilikan Homestay
2. Bahagian Mempersiapkan Homestay
3. Bahagian Pemasaran Homestay
4. Bahagian Pelanggan Check-in
5. Bahagian Pelanggan Check-out
6. Bahagian Mengembangkan Bisnes Homestay
Setiap bahagian pula terbahagi kepada beberapa bab. Secara keseluruhan, ebook ini mengandungi 27 Bab kesemuanya dengan jumlah mukasurat sebanyak 115 mukasurat. Ianya sangat padat dan lengkap.
Antara perkara yang disentuh di dalam ebook ini ialah seperti :-
Bahagian 1 : Pemiilihan & Pemilikan Homestay
Tips pemilihan jenis homestay! Tahukah anda, sebenarnya ada 6 jenis hartanah yang boleh anda buat menjadi homestay! Saya kongsikan setiap kelebihan dan kekurangan bagi setiap jenis hartanah tersebut!
Tips pemilihan lokasi! Ada 11 faktor yang akan menjadikan lokasi homestay anda HOT! Ketahui faktor-faktor ini!
Teknik mengenalpasti permintaan pelanggan terhadap homestay pada satu-satu kawasan. Ini adalah sangat penting sebelum anda mengambil langkah besar membeli apa-apa hartanah untuk dibuat homestay!
Bagaimana menjalankan bisnes homestay tanpa perlu anda keluar modal yang besar membeli hartanah! Ada 2 cara, saya kongsikan dalam ebook ini!
Berapa kos permulaan dan kos operasi untuk menjalankan bisnes homestay? Saya ada senaraikan semua kos-kos yang terlibat beserta anggarannya!
Saya sharekan juga formula pengiraan titik pulang modal (Return On Investment) untuk mengetahui, berapa lamakah tempoh yang perlu diambil untuk anda mula menjana keuntungan selepas anda mengeluarkan modal menjalankan bisnes homestay ini!
Bahagian 2 : Penyediaan Homestay
Bagaimana pula menghias homestay agar nampak ekslusif? Ada 4 tema yang boleh anda gunakan untuk menghias homestay anda!
Saya kongsikan 6 langkah mudah untuk mempersiapkan homestay anda mengikut bajet yang ditetapkan.
Apakah barang asas yang perlu ada dan barang sampingan yang mesti ada untuk menaikkan nilai sewaan homestay anda? Semuanya sudah saya senaraikan di dalam bahagian ini!
Lepas dah tahu barang yang perlu dibeli.. di mana pula nak beli barang-barang tersebut dengan harga yang berpatutan?
Macam mana nak kira dan letak harga sewaan homestay? Ada 4 langkah yang perlu anda lakukan untuk menentapkan harga yang berpatutan pada homestay anda! Malah saya berikan juga FORMULA kiraan harga yang tepat!
Lepas homestay dah siap! Kena ambil gambar pula! Tapi.. itupun ada teknik dan rahsianya! Saya kongsikan 5 tips mendapatkan gambar yang memukau untuk homestay anda
Apa pula dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk menjalankan bisnes homestay? Ada 7 dokumen wajib yang perlu anda sediakan! Saya bukan sekadar huraikan penggunaan setiap dokumen! Malah saya berikan sekali template untuk dokumen tersebut!
Bahagian 3 : Pemasaran Homestay
Bab pemasaran pula! Macam mana nak buat? Dalam ebook ini.. saya tunjukkan 9 cara yang boleh anda lakukan untuk mempromosi homestay anda!
Saya kongsikan 30 website yang boleh anda gunakan untuk promosikan homestay anda!
Dari 30 website diatas, saya huraikan secara detail, 3 website yang paling utama. Apakah kelebihan dan kekurangan bagi setiap website tersebut!
Dalam bahagian in juga, saya tunjukkan secara step-by-step (secara bergambar) bagaimana untuk menyenaraikan homestay anda di tiga website paling utama ini!
Lebih menarik, saya sharekan link pendaftaran di website Booking.com yang boleh menjimatkan anda dari dikenakan bayaran komisyen untuk 5 tempahan pertama yang anda terima menerusi website tersebut.
Antara perkara paling utama dalam bab pemasaran ialah mempunyai database prospek & pelanggan! Saya tunjukkan kepada anda, bagaimana anda boleh membina senarai database anda dengan mudah! Dengan database ini, ianya membolehkan anda mendapatkan tempahan berulang-ulangkali dari pelanggan yang sama!
Ada satu bab khas! Saya share teknik menjual homestay anda menggunakan WhatsApp.. siap dengan template ayat-ayat sekali saya beri! Anda cuma tinggal copy & paste sahaja!
Bahagian 4 : Menyambut Tetamu Check-in
Lepas dah promote dan dapat tempahan... masa untuk sambut tetamu check-in pula. Jadi, saya tunjukkan macam mana cara nak sambut dan serah kunci yang efektif kepada tetamu homestay anda!
Saya sharekan juga teknik penyerahan kunci tanpa perlu anda bertemu dengan tetamu anda. Kaedah ini dipanggal "Self Check-in!".
Pelanggan ni memang ada bermacam-macam ragam... ada yang nak check-in awal tapi check-out lewat.. ada yang dah tempah tapi cancel last minit.. ada yang kata nak datang berdua.. sekali sampai di homestay dekat 10 orang..! Macam mana nak tangani karenah-karenah pelanggan seperti ini? Ada saya kongsikan di dalam satu bab khas tentang karenah pelanggan.
Bab deposit keselamatan.. perlukah minta? berapa nak minta? bagaimana nak minta? dan bila ia perlu dipulangkan kepada pelanggan? Ada saya ceritakan dalam satu bab khusus mengenai perkara ini.
Review yang positif untuk homestay anda adalah sangat penting! Jadi, saya kongsikan juga tips dan cara berinteraksi dengan tetamu homestay anda agar mereka sentiasa berasa gembira sepanjang menginap di homestay anda! Bila mereka gembira, sudah pastinya mereka akan tinggalkan review yang sangat positif!
Bagaimana pula jika ada pelanggan yang ingin menempah untuk tempoh yang panjang? 1-2 bulan? Berapa pula nak caj? Adakah ikut kiraan hari? Saya kongsikan cara berurusan dengan pelanggan yang mahu sewa homestay anda dalam tempoh yang lama!
Bahagian 5 : Selepas Pelanggan Check-out!
Selepas pelanggan dah check-out, rumah homestay perlu diselenggara dan dicuci. Apa yang perlu dicuci? Apa yang perlu diselenggara? Berapa kos dan kekerapannya? Saya turut kongsikan di dalam ebook ini.
Kerosakan kecil usah dipandang ringan. Saya pernah diberikan mendapat review yang negatif dari pelanggan hanya disebabkan oleh laci kabinet sukar untuk dibuka! Jadi, amat penting untuk kita membuat pembaikan dan penyelengaraan segera!
Di bahagian akhir ebook ini, saya kongsikan carta alir lengkap proses pengurusan homestay serta penggunaan borang & dokumen dari mula mendapat tempahan hinggalah sampai pelanggan checkout! Anda hanya perlu ikut sahaja gerak kerja carta aliran ini untuk mengurus homestay anda dengan sistematik dan lancar!
Bahagian 6 : Mengembangkan Bisnes Homestay
Dibahagian terakhir ini saya berkongsikan tips dan strategi bagaimana untuk menambah cawangan dan mengembangkan bisnes homestay!
Ada 2 strategi mengembangkan bisnes homestay! Saya kongsikan ia dalam bab terakhir ebook ini!
Banyak betul info-info serta ilmu pengurusan homestay yang saya tuliskan di dalam ebook ini! Saya pasti, ianya akan dapat membantu anda mendapat gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana memulakan dan menguruskan homestay dengan lebih berjaya dan lancar!
Apa Yang Di Bongkarkan Dalam Ebook Ini?
Baiklah! Saya tidak mahu berselindung dengan anda... berikut adalah apa yang saya tulis dan hidangkan kepada anda menerusi ebook ini!
BAB 1 : CARA MOHON TAPAK NIAGA
Dalam bab permulaan ini, saya tunjukkan anda langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan tapak niaga di bazar ramadhan atau bazar-bazar yang lain. Apa sijil yang perlu anda dapatkan sebelum membuat sebarang permohonan dan dimanakah untuk mendapatkannya?
Semuanya saya tunjukkan dalam bab ini! Siap sekali saya bagi dengan contoh gambar sijil & resit!
Berapa pula besar saiz tapak dan berapakah bayaran bagi setiap tapak? Juga saya tunjukkan kos anggarannya disini!
Bab ini amat penting, terutama sekali jika anda baru pertama kali mahu berniaga di bazar. Tanpa tapak niaga... sudah pastinya tiada bisnes untuk anda.
BAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZAR
Percaya atau tidak, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan! Ada sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada peniaga. Namun begitu, bilangan pengunjung yang hadir, hanya sayup-sayup sahaja.
Jadi, jangan menjadi mangsa! Kenali tapak-tapak yang "hot" yang ramai pengunjung untuk anda berniaga! Ada beberapa ciri yang akan menjadikan sesebuah tapak bazar itu HOT atau tidak!
Saya bongkarkan ciri-ciri tersebut di dalam bab ini!
BAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPAN
Antara 2 benda asas yang perlu anda ada untuk berniaga di bazar, adalah kanopi dan juga meja.
Dalam bab ini saya tunjukkan jenis kanopi serta jenis meja yang anda perlukan. Saya juga turut berikan anda tempat serta alamat kedai untuk anda membeli peralatan ini dengan harga yang lebih murah!
BAB 4 : PERSEDIAAN & PENGURUSAN MASA BERNIAGA
Ada 5 Tips "REAL" yang saya kongsikan dalam bab ini. Ilmu dalam bab ini, hanya "peniaga sebenar" sahaja yang tahu. Hanya orang-orang yang pernah berniaga di bazar ramadhan sahaja yang tahu situasi dan keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara untuk menanganinya?.
Jadi, anda perlu tahu ilmu di dalam bab ini agar anda boleh hadapi segala cabaran sewaktu berniaga di bazar dengan tenang. Tidaklah nanti anda terkejut jika situasi-situasi yang mencabar ini berlaku kepada anda!
Selain itu, saya juga turut kongsikan rahsia sebenar teknik menarik pelanggan dan bagaimanakah mahu menjadikan gerai jualan anda unik dan berbeza dari peniaga-peniaga yang lain, di dalam bab ini!
BAB 5 : RAHSIA SULIT JUS YANG LARIS
Ada 7 tips sulit yang saya kongsikan di dalam bab ini! Saya kongsikan apakah sebab saya meletakkan sesetengah bahan ke dalam resepi yang saya berikan dalam bab 5 sebelum ini.
Dalam bab ini juga saya kongsikan tips dimana anda boleh membeli buah-buahan dengan harga yang lebih murah!
Bagaimana pula untuk memilih buah-buahan yang segar dan manis? Juga ada saya kongsikan di dalam bab ini!
BAB 6 : CASE STUDY - BAGAIMANA SAYA JANA RM7K SEBULAN DENGAN BISNES AIR
Ini adalah bab yang paling menarik di dalam ebook ini. Di dalam bab ini, saya ceritakan semua strategi serta apa yang saya lakukan sehingga mampu mencapai keuntungan sebanyak RM7,000 dengan hanya berniaga 3 balang air di bazar ramadhan!
BAB 7 : STRATEGI JUAL AIR DI KAWASAN SEKOLAH
Ebook ini bukan sahaja sesuai untuk anda yang mahu berniaga di bazar ramadhan, tetapi jika anda mahu berniaga di tepi jalan mahupun di kawasan sekolah, anda juga boleh dapatkan ebook ini!
Sebab dalam ebook ini, saya sharekan strategi serta 4 perkara yang penting untuk anda ambil perhatian apabila mahu berniaga di kawasan berhampiran sekolah.
Apa Yang Terkandung Di Dalam Ebook Ini?
Baiklah, saya bagitau sikit apakah isi kandungan yang terdapat dalam ebook setebal 80 mukasurat ini.
1. 5 Persediaan Sebelum Mula Bisnes
Iya! Sebelum nak mula apa-apa pun, kena ada persediaan! Jadi, saya dah ringkaskan 6 perkara yang perlu anda siapkan sebelum nak start buat bisnes makan delivery ni!
2. Kaedah-kaedah Jualan!
Nak buat bisnes makan ni sebenarnya ada 2 kaedah! Setiap kaedah mempunyai waktu memasak dan menghantar yang berbeza. Jadi, anda boleh pilih ikut waktu kesesuaian anda... sama ada nak buat kaedah jualan #1 atau kaedah #2.
3. Cara Pembungkusan
Ini pun penting juga, bekas jenis apa yang pakai? Bagaimana nak bungkus supaya makanan tidak mudah rosak atau basi?
4. Panduan Kira Kos & Keuntungan!
Ada satu bab saya bagi contoh, macam mana nak kira kos serta, bagaimana untuk meletakkan harga jualan! .
Bagaimana Nak Mula?
Hah! Ini yang paling mustahak! Ramai orang tak tahu macam mana nak mulakan bisnes ni! Tak tahu kat mana nak cari pelanggan! Jadi, saya tunjukkan cara, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan dengan mudah, pantas dan tanpa mengeluarkan sebarang kos!
5. Panduan Bina Database Pelanggan Guna Whatsapp!
Tak perlu guna sistem rumit-rumit.. gunakan sahaja whatsapp yang memang kita gunakan hari-hari tu! Dalam ebook ni saya ajar macam mana nak simpan no pelanggan secara tersusun dan macam mana nak buat promosi kepada pelanggan-pelanggan yang sedia ada! .
6. Strategi Pantas Bina List 100 Pelanggan Pertama!
Saya tunjukkan strategi macam mana nak dapatkan 100 contact (nama,phone & alamat diorang) dengan pantas! Insyallah.. boleh dapat 100 nama ini dalam masa 1-2 hari sahaja! Strategi ni kena keluar kos sikit! Tapi ia sangat berbaloi!
7. Cara & Time Buat Iklan!
Ini sangat penting, anda perlu tahu bila waktu nak buat iklan, bila waktu nak ambil order serta bila waktu nak masak dan buat delivery!
8. Cabaran & Rintangan
Walaupun bisnes ini kecil risikonya, tetapi, tetap ada juga cabarannya.. saya sharekan beberapa pengalaman sebenar saya menghadapi cabaran-cabaran ini dan bagaimana saya mengatasinya!
Apakah Yang Bakal Dibongkarkan Dalam Ebook
Panduan Ini? Mari Kita Lihat...
Berikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook hebat Bisnes Burger ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhannya ...
1. Penerangan pengenalan kepada potensi besar perniagaan burger jalanan yang boleh dijadikan sebagai ‘alat’ untuk anda mencapai status Jutawan Senyap
2. Perbezaan diantara peniaga burger profesional dan peniaga burger ‘biasa-biasa’ walaupun di tepian jalan. Perbezaan meliputi dari segi K_______, ________ Produk, Operasi _________, K________ Pelanggan dan Ke_______.
3. Pembongkaran 9 kelebihan bisnes burger tepi jalan berbanding perniagaan makanan restoran atau apa-apa jenis perniagaan pun yang selama ini hanya Jutawan Senyap sahaja yang tahu!
4. Penerangan jelas mengenai bisnes burger jenis Perusahaan Sendiri VS Francais. Mana satu pilihan yang lebih TEPAT?
Pendedahan 3 strategi ‘SUPER-POWERFUL’ yang wajib anda lakukan untuk mencapai pendapatan 5 angka setiap bulan daripada bisnes burger anda
5. 5 aspek pengurusan yang wajib anda tahu dan amalkan dalam bisnes burger anda agar perjalanan anda menuju sasaran pendapatan 5 angka sebulan menjadi lebih mudah
6. Penerangan tentang 5 faktor dari segi produk burger anda sendiri yang perlu anda ambil-kira untuk menjamin keuntungan bisnes burger anda
7. PENDEDAHAN EKSKLUSIF: Pendedahan ini bakal membuka mata anda tentang 3 kelemahan bisnes burger bakar! Anda akan didedahkan dengan punca kegagalan sesebuah bisnes burger bakar yang boleh anda elakkan jika anda ingin juga menjalankannya
8. Tips ‘PANAS’ – Teknik Ga________ konsep bisnes burger anda untuk lebih unik dan mudah menarik perhatian prospek
9. Berapakah peratusan dan nilai untung bersih yang harus anda tetapkan dalam bisnes burger anda? Semuanya akan dibongkarkan. Sekali dengan contoh pengiraan jelas dan mudah untuk difahami
10. 2 Teknik ‘RAHSIA’ bagaimana anda boleh tingkatkan profit margin bisnes burger anda
11. 5 langkah yang perlu anda ambil bagi membina jenama dan imej perniagaan burger anda agar prospek anda lebih memandang tinggi dan ingin terus datang lagi, lagi dan lagi ke gerai burger anda
12. Pembongkaran 5 Teknik Pemasaran yang ampuh lagi terbukti berkesan khusus untuk bisnes burger bagi mendapatkan limpahan pelanggan hingga ‘tak menang tangan’ anda dibuatnya!
13. 18 ciri-ciri sebuah stall burger yang bagus perlu anda ketahui untuk menarik perhatian prospek dan pelanggan anda dengan mudah tanpa susah-susah anda ajak mereka beli burger anda. Mereka dengan rela-hati akan hadir ke stall burger anda bagaikan ‘kena pukau’ walaupun anda tidak menggunakan sebarang Ilmu Hitam dalam bisnes
Pendedahan mengenai 14 teknik dan kriteria yang perlu anda ambil perhatian dalam memilih lokasi stall burger anda bagi mendapatkan jualan 200 biji burger sehari. Silap pilih lokasi, nahas anda! Anda menempah kegagalan dalam bisnes burger kalau tak tahu 14 teknik ini
14. 4 langkah yang perlu anda ambil sebagai persiapan sebelum membeli alatan stall burger anda
Jadual lengkap apakah peralatan yang perlu ada dalam bisnes burger anda
15. 7 ciri-ciri aspek kebersihan stall yang perlu anda titik-beratkan bagi menjamin kualiti kebersihan dan kesihatan pekerja serta para pelanggan anda
16. 8 tips untuk membersihkan peralatan bisnes burger anda dengan mudah dan cepat
17. 4 jenis lokasi yang WAJIB anda elakkan untuk anda berniaga burger
18. Cara-cara mengawal dan mengelakkan sebarang serangga atau haiwan perosak yang boleh mengancam kebersihan stall burger anda
19. Penerangan 5 bidang kritikal aspek yang perlu anda terapkan pada setiap pekerja anda ketika melatih mereka agar bisnes burger anda masih mampu bergerak dan menjana pendapatan dengan sendirinya tanpa perlu kehadiran anda
20. Pembongkaran 7 pantang-larang dalam bisnes burger yang perlu anda elakkan bagi menjamin kelangsungan perniagaan anda
Daripada ebook ini, terdapat 7 rahsia yang anda akan tahu iaitu : -
1. Apakah motivasi paling penting untuk menjadi seorang photographer? Tanpa motivasi ini anda mungkin akan gagal di pertengahan jalan.
2. Apakah set peralatan fotografi yang anda perlu ada walaupun dengan bajet paling minima. Kami akan terangkan secara terperinci fungsi setiap peralatan kamera ini dan bagaimana cara nak dapatkan harga 30-50% lebih murah berbanding harga di pasaran.
3. Bagaimana nak belajar fotografi tanpa keluarkan wang satu sen pun. Tak perlu ada sijil atau diploma fotografi yang membuang masa anda. Tak perlu pergi ke bengkel atau seminar fotografi. Anda boleh belajar fotografi dengan percuma dan cepat.
Selain fotografi, anda perlu tahu satu kemahiran lain. Kemahiran ini sangat mudah untuk dikuasai dan akan membantu anda dalam pengiklanan khidmat fotografi secara percuma dan juga membina kredibiliti anda dengan pantas.
4. Kepentingan portfolio fotografi. Apa yang dimaksudkan dengan portfolio? Mengapa portfolio penting dalam perniagaan fotografi? Ramai jurufoto gagal mengembangkan perkhidmatan mereka secara konsisten kerana mengabaikan portfolio. Anda akan tahu bagaimana membina portfolio secara ringkas tapi berkesan dan menguntungkan.
5. Rahsia sebenar yang tidak diketahui ramai jurufoto iaitu bagaimana mengembangkan perniagaan fotografi ke tahap profesional. Anda tahu rahsia ini, bisnes fotografi anda akan menjadi semakin kencang. Yang penting anda ikut panduan kami satu persatu..
Alang-alang dah buat bisnes fotografi, apa salahnya jika anda pergi ke tahap yang lebih tinggi. Bagaimana nak jadi terkenal di dalam industri sekaligus berpeluang mendapat banyak job-job besar bertaraf antarabangsa. Panduan ini sangat berguna untuk jurufoto yang bercita-cita besar mengembangkan kerjaya dan mencipta nama dengan fotografi
Terdapat 5 Bab Utama di dalam ebook ini! Berikut adalah bab-bab yang terkandung di dalam ebook ini!
BAB 1 : STRATEGI MENCARI KERJA
Ya! Untuk mencari kerja, kita perlukan strategi. Di dalam bab ini saya tunjukkan anda bagaimana anda boleh mencari peluang kerja kosong di singapura hanya secara online sahaja. Ada 5 website utama yang boleh anda gunakan!
Terdapat beribu peluang pekerjaan yang akan anda jumpai. Anda boleh lihat sendiri, berapakah gaji yang ditawarkan dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon. Anda boleh pilih kerja apa yang anda mahukan!.
Disini sahaja, anda sudah jimat masa dan beribu ringgit berbanding jika anda terus ke singapura untuk mencari kerja atau menggunakan khidmat agen untuk mencarikan kerja untuk anda.
BAB 2 : DOKUMEN-DOKUMEN PENTING
Ini bab yang sangat penting. Anda perlu tahu, apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk anda mencari kerja dan untuk anda masuk ke Singapura.
Undang-undang di Singapura agak ketat. Jika anda tercicir salah satu dokumen ini, anda mungkin tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura dan mungkin tidak akan diterima bekerja.
Malahan, sesetengah dokumen, mereka mahukan dokumen yang ASAL! Dokumen fotostat mereka tidak layan!.
BAB 3 : PENGANGKUTAN
Ada beberapa cara anda boleh memasuki Singapura. Sama ada menggunakan kereta, motosikal atau bas. Setiap satu cara diterangkan di dalam bab ini.
Pengangkutan untuk bergerak di dalam Singapura juga turut diterangkan di dalam bab ini.
BAB 4 : TEMPAT PENGINAPAN
Jika anda sememangnya tinggal di Johor Bahru bersama keluarga, ini mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi, bagi yang bukan berasal dari Johor Bahru. Anda perlukan tempat menginap sama ada sebelum mendapat kerja ataupun selepas mendapat kerja.
Jadi, dimanakah anda perlu menginap? Di dalam bab ini saya ada cadangkan tempat penginapan yang sesuai dengan kos yang rendah. Sesuai untuk penginapan sementara apabila anda sampai di Johor Bahru.
Malahan, saya tunjukkan juga cara-cara untuk anda mencari tempat tinggal yang tetap selepas anda mendapat pekerjaan di Singapura.
BAB 5 : HAL-HAL PENTING YANG LAIN
Di dalam bab ini, saya menerangkan hal-hal penting yang lain yang perlu anda tahu jika anda mahu bekerja di Singapura.
Inilah satu-satunya ebook yang akan memberikan anda panduan lengkap langkah demi langkah bagaimana membeli rumah lelong dan menjana keuntungan darinya. Antara isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini ialah:-
Bab 1: Keistimewaan Melabur Hartanah Lelong.
6 Sebab mengapa melabur di dalam hartanah lelong adalah lebih baik dari pelaburan yang lain.
Bab 2: Sebab-sebab Hartanah Dilelong.
5 Sebab mengapa sesuatu hartanah di lelong.
Bab 3: Persediaan Awal Sebelum Melabur.
7 persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menceburkan diri di dalam dunia pelaburan hartanah lelong, serta ketahui orang-orang yang terlibat yang perlu anda dekati untuk memastikan kejayaan
anda di dalam pelaburan hartanah ini.
Bab 4: Modal Memulakan Pelaburan Hartanah
7 sumber yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan modal permulaan anda di dalam pelaburan hartanah.
Bab 5: Jenis-jenis Hartanah Yang Dilelong
Sangat penting untuk anda mengetahui jenis serta ciri-ciri hartanah lelong yang ingin anda beli, silap beli, anda akan kerugian berpuluh-puluh ribu ringgit.
Bab 6 : Jenis-jenis Lelongan
Ada 3 jenis lelongan yang perlu anda ketahui sebelum anda menyertai mana-mana majlis lelongan!
Bab 7 : Perbezaan Hartanah Hak Milik Kekal & Pajakan!
Ketahui dengan jelas, apakah beza hak milik kekal dan hak milik pajakan bagi sesuatu hartanah!
Bab 8 : Dimana Nak Beli Hartanah Lelong?
Hah! Dah ada modal! dah tahu jenis hartanah, jenis lelong dan status pemilikan! Sekarang.. masa untuk memburu hartanah lelong pula! Tapi… nak memburu kat mana?
Dalam bab ini didedahkan 6 lubuk hartanah lelong!
Bab 9: Membeli Hartanah Pra-lelongan
Sebenarnya anda boleh mendapatkan sesebuah hartanah lelong itu sebelum ianya di lelong lagi. Kaedah ini sebenarnya lebih power dan berbaloi dari membeli rumah lelong di majlis lelongan! Ketahui
bagaimana cara untuk mendapatkannya di bab ini.
Bab 10: Persedian Sebelum Tiba Hari Lelongan!
Sebelum tiba hari lelongan, ada 5 perkara yang perlu anda
selesaikan terlebih dahulu agar anda tidak tersilap langkah dan menanggung kerugian berpuluh atau beratus ribu! Ini adalah bab yang paling kritikal dan perlu anda ketahui sebelum masuk mana-mana
majlis lelongan!
Bab 11 : Membida Di Hari Lelongan
6 Tips yang boleh anda amalkan sewaktu berada di majlis lelongan!
Tips ini amat penting agar anda tidak “dimainkan” oleh otai-otai lelong yang lain!
Bab 12: Membeli Hartanah Pasca Lelongan
Tidak ramai yang mengetahui kaedah ini, anda masih boleh membeli rumah lelong walaupun selepas hari lelongan diadakan. Tekniknya ada diterangkan disini.
Bab 13: Mendapatkan Pembiayaan Bank
Apakah dokumen yang diperlukan? dan.. Bank apakah yang memberikan kelulusan yang segera? Jawapannya di dalam bab ini.
Bab 14: Memohon Surat Kebenaran
Sesetengah rumah lelong memerlukan anda mendapatkan surat kebenaran dari pihak berkuasa. Jangan melakukan kesilapan ini dan ketahui rumah jenis apakah yang memerlukan surat kebenaran.
Bab 15: Ubahsuai Rumah
Apa yang perlu dilakukan setelah anda berjaya memperolehi rumah lelong? Panduan berserta kos yang terlibat ditunjukkan di dalam bab ini.
Bab 16: 7 Strategi Membuat Untung Dari Hartanah Lelong
Bukan hanya setakat jual atau sewakan, tetapi, ada banyak lagi cara anda boleh menjana keuntungan dari rumah anda.
Bab 17 : Ringkasan Keseluruhan Langkah-Langkah Membeli Rumah Lelong
Bab ini memberkan gambaran besar (big picture) bagaimana proses dari mula anda hendak menceburkan diri dalam urusan membeli rumah lelong, hinggalah kepada urusan memasuki rumah tersebut dan
menyewakannya kepada orang lain! Jika anda kekurangan masa, membaca bab ini sahaja sudah cukup memberikan gambaran kasar keseluruhan proses membeli rumah lelong!
Bab 18 : 10 Kesilapan Dahsyat Pembeli Hartanah Lelong!
Bab ini juga sangat penting! Dengan membaca bab ini sahaja, ianya mampu menyelamatkan puluhan ribu wang anda! Sebab, dalam bab ini, saya kongsikan real case kesilapan-kesilapan yang pernah
dilakukan oleh client saya sewaktu membeli hartanah lelong!