PERHATIAN! Buku yang dijual adalah dalam format digital / PDF yang boleh dimuat turun ke komputer, telefon bimbit dan tab. Scroll ke bawah untuk pilih buku yang tuan / puan berminat. Jika tidak faham cara pembelian, tuan / puan boleh klik CARA-CARA PEMBELIAN di bawah ini untuk cara-cara pembelian atau mesej kami untuk bantuan lanjut.

 

  1. RAHSIA AFFILIATE
  2. RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERAJAAN DENGAN MUDAH
  3. PANDUAN BUAT BISNES AISKRIM
  4. PANDUAN MENCARI KERJA DAN BEKERJA DI SINGAPURA
  5. BISNES PENTERNAKAN KAMBING
  6. BISNES IKAN TILAPIA 
  7. BISNES TUDUNG
  8. JUTAWAN HOMESTAY

 

Bagaimana Saya Hasilkan Pendapatan 4 Angka Sebulan Hanya Melalui Affiliate?

 

Assalamualaikum dan hi! .

Saya Mohammad Bin Abdullah.
Selepas kontrak pekerjaan saya ditamatkan  pada tahun 2018, saya berasa sangat sedih dan sedikit tertekan. Saya telah kehilangan punca pendapatan dan perlu mencari punca pendapatan yang baru!

Pada mulanya, saya ada cuba juga untuk berniaga secara offline dengan menjual minyak bidara dan beberapa lagi produk  lain. Namun, ia kurang mendapat sambutan dan agak rumit, kerana saya perlu ambil stok, buat marketing,  , layan pelanggan, kemudian bungkus produk dan buat penghantaran.

Setelah beberapa ketika, saya rasa, hasil yang saya perolehi kurang memberangsangkan berbanding usaha yang saya keluarkan. Jadi, saya cuba beralih dan mencari peluang-peluang buat duit yang lain.

 

Dapat Ilham!

Hinggalah pada satu hari, saya mula jumpa cara & teknik bagaimana nak "pancing" orang untuk beli produk melalui link affiliate kita!.  

Setelah beberapa lama gunakan teknik tersebut, saya buat adjustment serta baiki teknik  ini jadi lebih baik.  
Tapi saya tak terus percaya dengan teknik  ini. Jadi saya buat lagi dan lagi, hinggalah saya dapati teknik  ini memang betul-betul mampu hasilkan wang buat diri saya.

Setiap hari saya tambah baik teknik  ini sehinggalah saya mampu menjana 3 ke 4 angka sebulan dengan hanya membuat affiliate sahaja.  

Dan kini, saya telah membuat affilate secara full time dengan menggunakan teknik ini saja.

 

Apa Yang Terkandung Dalam Ebook Ini?

Di dalam ebook ini saya kongsikan teknik marketing yang saya buat tanpa melibatkan sebarang kos iklan berbayar!

Ianya simple sahaja, tak perlukan sebarang kemahiran teknikal seperti bina website, blog atau setup domain atau email bagai!

Apa yang anda perlukan hanyalah handphone anda serta internet.Itu sahaja!
Anda dah boleh buat dah!

Antara strategi dan teknik yang saya ajarkan dalam ebook ini ialah..

 

 


KETAHUI "RAHSIA SULIT" BAGAIMANA ANDA BOLEH LULUS TEMUDUGA KERAJAAN DENGAN MUDAH, TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG "KABEL" ATAU BANTUAN DARI "ORANG DALAM"

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat sahabatku,

Sememangnya,bekerja sebagai penjawat awam adalah merupakan impian ramai orang. Sama ada bagi yang baru sahaja tamat belajar, yang sedang belajar, malah yang sudah bekerja pun masih lagi mahu merebut jawatan di jabatan kerajaan. Maklumlah, kerja dengan kerajaan ini sememangnya ada banyak kelebihannya.

Mungkin ini kali pertama anda dipanggil untuk menghadiri temuduga kerja kerajaan ini!
Atau mungkin juga ini kali kedua atau ketiga anda dipanggil untuk temuduga!

Saya faham, sememangnya ada banyak persoalan serta kerungsingan yang bermain di fikiran anda pada waktu ini!

Risau, gementar, tidak tahu apa persediaan yang perlu dilakukan.. apakah soalan-soalan yang mungkin akan ditanya? Apa pula jawapan yang perlu diberikan?

Semuanya bercampur baru, tetapi dalam waktu yang sama.. anda juga turut berasa gembira kerana telah terpilih untuk ke sesi temuduga!

Jadi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada anda...

TAHNIAH! Kerana Terpilih Untuk Ke Sesi Temuduga!

Imipian anda untuk menyertai pasukan penjawat awam kini sudah semakin hampir!

Hanya tinggal satu langkah sahaja lagi untuk anda diterima masuk sebagai penjawat awam.

Sememangnya, terdapat banyak kelebihan jika anda berjaya menjawat jawatan sebagai kakitangan kerajaan.

  • Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
  • Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak
  • Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan
  • Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah
  • Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita
  • Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik
  • Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD)
  • Pemberian Cost of Living Allowance (COLA)
  • Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan
  • Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara
  • Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan

Namun begitu, ramai yang tersilap langkah dan tersungkur pada langkah ini!

Jadi jangan biarkan kesilapan-kesilapan kecil berlaku sewaktu sesi temuduga ini dan jangan biarkan ia menghancurkan imipian anda untuk menjawat jawatan sebagai pekerja kerajaan!

Pastikan diri anda betul-betul bersedia untuk menghadapi sesi temuduga tersebut kelak dan pastikan anda mempunyai sedikit kelebihan berbanding calon-calon yang lain!

 

5 Sebab Utama Kegagalan!

Ini adalah fakta penting yang anda perlu tahu tentang calon-calon penemuduga!

1. Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persedian. Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja!

2. Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.

3. Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab!

4. Penampilan yang tidak tepat. Ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga.

5. Over Confident! Terlalu yakin!. Kesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.

 

Memperkenalkan Ebook “Rahsia Mudah Lulus Dalam Sesi Temuduga Kerja Kerajaan”

Ebook ini adalah dalam bentuk file softcopy PDF yang ditulis berdasarkan segala ilmu dan pengalaman saya dalam pengambilan pegawai-pegawai baru. Saya telah ringkaskannya dan memudahkannya untuk tujuan pemahaman anda.

Berikut adalah antara isi kandungan, manfaat serta kelebihan yang bakal anda perolehi melalui pembacaan ebook ini:

  • Penjelasan terperinci tentang 11 rahsia berjaya dalam temu duga kerja kerajaan. Pemahaman mengenai rahsia ini dapat membantu anda berasa yakin semasa menghadiri temu duga.
  • Ketahui 9 kriteria calon temu duga yang dipilih dalam temu duga kerajaan. Kriteria ini akan dinilai sepanjang temu duga. Anda perlu bersedia dengan mengetahui kriteria-kriteria tersebut supaya anda dapat menonjolkan diri anda seperti yang dikehendaki oleh panel temu duga kerja kerajaan.
  • Pembongkaran persediaan sebelum, semasa dan selepas menghadiri temu duga kerja kerajaan. Ada diantaranya yang selama ini anda tidak menyedarinya dan mengetahuinya bahawa ia adalah salah satu punca anda gagal temu duga yang pernah dihadiri sebelum ini. Ketahui persediaan-persediaan dan lakukannya seperti yang dipelajari dalam ebook ini.
  • Pendedahan Teknik “Competency Based Interview (CBI)” yang perlu diketahui oleh calon-calon temu duga kerja kerajaan. Teknik ini digunakan dalam temu duga kerja kerja kerajaan pada masakini.  Anda akan lebih bersedia untuk menjawab 4 perkara akan diuji dalam soalan-soalan temu duga yang mengunakan Teknik CBI ini. 
  • Pembongkaran 31 tips mudah untuk berjaya dalam temu duga kerja kerajaan.  Anda akan didedahkan tentang panduan yang perlu diikuti supaya anda lebih tenang dan yakin menghadapi sesi temu duga. Ketahui tip-tip mudah ini dan kemudian anda praktikannya. Anda PASTI layak dipilih dalam temu duga kerja kerajaan seperti mereka yang telah berjaya berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
  • Adab temu duga dan etika pakaian yang PERLU dan ELAKKAN semasa menghadiri temu duga kerajaan. Pandangan pertama panel temu duga terhadap anda adalah sangat penting untuk anda ‘menawan’ mereka. Jika anda berjaya ‘menawan’ panel temu duga, peluang anda untuk berjaya dalam temu duga kerja kerajaan adalah sangat tinggi.
  • Pembongkaran 4 proses temu duga kerja kerajaan dalam bentuk grafik yang mudah difahami. Setiap proses mengandungi perkara-perkara penting yang dinilai oleh panel temu duga. Pengetahuan mengenai proses-proses ini akan meningkatkan keyakinan anda semasa menghadiri temu duga.
  • 20 contoh soalan berserta jawapan yang popular di kalangan panel temu duga. Walau pun soalan-soalan tersebut popular, anda perlu mengetahui cara menjawabnya. Jawapan-jawapan anda sangat penting untuk menentukan kejayaan temu duga yang anda telah hadiri.
  • 115 tambahan soalan-soalan temu duga supaya anda lebih bersedia dan yakin. Pengetahuan mengenai soalan-soalan tersebut serta latih tubi menjawabnya mampu menonjolkan kelebihan diri anda daripada calon-calon lain.Anda tampak berpengetahuan, bersungguh-sungguh dan berminat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Ini memberi BONUS kepada anda.
  • 6 Rahsia yang perlu anda ketahui dan lakukan untuk berjaya dalam temu duga kerajaan.
  • Perkara-perkara “do” dan “don’t” yang perlu anda ketahui bagi menghadiri temu duga kerajaan. Walau pun sesuatu perkara itu dianggap mudah dan remeh, tetapi ia boleh mengurangkan markah temu duga anda.
  • Dan banyak lagi pendedahan dan pembongkaran yang boleh membantu anda membuat persediaan menghadapi temu duga supaya anda layak dipilih untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam dalam temu duga kerja kerajaan.

 

 


 

Tengah Cari 'Side-Income' Yang Boleh Menjana Sekitar RM5k Sebulan Secara Part-Time Pada Hujung Minggu Tanpa Perlu Berhenti Kerja?

 

Assalamualaikum dan Salam Hormat buat rakan-rakan usahawan & bakal usahawan makanan...

Saya percaya majoriti rakyat Malaysia ada masalah kewangan. Namun, orang yang bijak tidak akan lari daripada masalah.

Sebaliknya mereka berfikir, bagaimana cara nak menyelesaikan-nya. Salah satu caranya adalah menambah jumlah ‘Side-Income’ kita…

Kerja tetap anda masih boleh diteruskan. Itu kerjaya utama anda. Apa yang saya nak bongkarkan ni adalah pendapatan sampingan yang boleh menjana sekitar RM5 ribu sebulan…

Nampak menarik kan?

Dengar macam mudah… tapi bagaimana nak tambah pendapatan sampingan tanpa ganggu kerja utama kita?

Cara yang terbaik saat ini ialah ...

Memulakan Bisnes Aiskrim

Bukan bisnes aiskrim yang biasa-biasa, tapi ini luar biasa… Inilah salah-satu perniagaan yang...

Tapi sebelum tu, mesti anda tertanya-tanya.. siapa lah saya ini yang nak sembang tentang Bisnes Aiskrim ni.

Betul tak?

Izinkan saya berkongsi serba-sedikit mengenai perihal latar-belakang diri saya ...

Siapa Brader Ni Nak Sembang Lebat Tentang Bisnes Aiskrim? Power Sangat Ke? Ada Pengalaman Ke?


http://www.bisnesburger.com/images/afiq.jpgBaiklah, izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu ...
Nama saya Md Fadzirul Afiq bin Dato’ Rusly atau lebih dikenali sebagai Afiq Dato’ Rusly.

Untuk lebih mudah kan cerita, saya ni sebenarnya anak kepada Dato’ Hj. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li yang merupakan penulis buku Bestseller “Jutawan Senyap”. Mungkin anda dah kenal dengan ayah saya ni :-)

Saya dilahirkan di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan telah mula mengasah bakat dalam kulinari sejak menuntut di UiTM
Saya mempunyai kelulusan dalam Diploma Seni Kulinari serta Ijazah dalam bidang Gastronomy

Alhamdulillah, sepanjang penglibatan saya dalam bidang kulinari ini, saya telah berjaya melatih hampir 15,000 orang usahawan makanan melalui Kursus Masakan dan Memproses Makanan Chef Li

Kursus masakan komersial ini telah diasaskan oleh bapa saya sendiri, Dato’ Hj. Rusly Abdullah

Saya kini menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan usahawan terutama usahawan muda untuk memulakan perniagaan.

Selain itu saya turut giat membantu bapa saya sendiri melatih usahawan di Pondok Industri Darul Tijary, iaitu pondok ala pesantren yang diasaskan oleh bapa saya untuk melatih pemuda-pemudi di dalam bidang perniagaan dan agama.

Kini saya mengorak langkah dengan memperkenalkan Teknik Masakan Komersil iaitu teknik masakan khusus untuk perniagaan. Teknik masakan ini mengamalkan teknik masakan yang cepat, tepat dan jimat

Begitulah serba-sedikit pengenalan mengenai diri saya serta pengalaman-pengalaman saya dalam bidang industri makanan dan masakan.

 

Memperkenalkan ...

Ebook Bisnes Aiskrim – “Panduan Jana RM5k Sebulan Secara Part-time Dengan Bisnes Aiskrim!”

 

Berikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhannya ...

 

Bahagian Pendahuluan.

Pada bahagian ini, saya akan cerita tentang potensi bisnes aiskrim ini dengan lebih jelas. Agar anda nampak yang model bisnes aiskrim ini memang boleh pergi jauh.

Bahagian ini juga penting, agar anda nampak hala tuju bisnes anda. Ia lebih kepada mindset mencari peluang.

 

Bab 1: Jom Bisnes Aiskrim

Dalam bab ini, saya akan ceritakan lebih terperinci tentang peluang bisnes aiskrim ni tanpa perlu tiru apa yang mat bangla, pakistan & Myanmar buat. Macam mana tu?

Dalam bab ini juga diterangkan 5 keajaiban bisnes aiskrim. Di mana kelebihan ini, jarang sekali ada pada produk lain. Anda akan garu kepala lepas tahu keajaiban ini. :)

Saya akan terangkan daripada segi margin keuntungan, modal permulaan & betul ke tak perlukan kemahiran yang tinggi? Hanya yang dah tahu akan tersenyum lebar. :)

 

Bab 2: Mengenali Jenis Aiskrim?

Aiskrim ni sebenarnya ada banyak jenis dan kategori. Jadi, dalam bab ini saya ceritakan dengan mendalam tentang 2 jenis aiskrim yang sering bertembung di dalam menarik perhatian pembeli. Saya ceritakan tentang kelebihan dan kekurangan kedua-dua jenis aiskrim tersebut!

Dari situ, anda boleh tahu dan boleh pilih, aiskrim jenis apa yang anda ingin buat dan jual!

 

Bab 3: Bagaimana Menjana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim Secara Part-time?

Sejujurnya inilah konten paling mahal dalam ebook ni. Dengan tahu rahsia bab ini, anda  tak perlu tebal muka bunyikan loceng sambil tunggang motor keliling taman.

Malu beb, kalau jiran nampak. Terserempak dengan anak sedara. Saya akan beritahu lubuk-nya yang sebenar dalam bab ini.

Dengan tahu lubuk ini, anda boleh ‘jual’ sebanyak 1000 kon aiskrim dalam masa 2-3 jam sahaja. Best betul kalau ada ilmu ni kan. Kerja sikit, tapi lumayan.

 

Bab 4: Persiapan & Peralatan Memulakan Bisnes Aiskrim!

Apa peralatan yang diperlukan? Mesin apa yang nak guna untuk buat aiskrim? Kat mana nak simpan aiskrim yang dah siap dibuat? Tong jenis macam mana yang nak digunakan untuk letak aiskrim supaya tidak mudah cair sewaktu menjual nanti?

Semua perihal berkaitan peralatan dan kelengkapan untuk membuat dan menjual aiskrim, saya senaraikan satu demi satu di dalam bab ini! Saya sertakan sekali gambar setiap peralatan. Insyaallah, mudah faham.

 

Bab 5: Resepi & Cara Membuat Aiskrim

Apa resepinya? Apa bahan-bahan yang diperlukan? Bagaimana nak buat aiskrim di rumah anda sendiri? Bagaimana cara pemprosesannya?

Anda kena belajar ilmu ni, barulah jimat. Barulah boleh dapat margin keuntungan yang tinggi. Kalau anda ambil dekat suplier, sebenarnya suplier yang untung banyak.
Jangan risau, dalam bab ini saya terangkan terperinci apa bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aiskrim, saya turut sertakan gambar. Agar anda boleh beli sendiri di kedai runcit. Siap jenama brand saya beritahu.

Paling best dalam bab ni. Anda boleh buat aiskrim perisa anda sendiri. Yahooo…!

 

Bab 6 :  Siap! Sedia Untuk Berniaga!

Ah ha! Aiskrim dah siap buat! Peralatan semua pun dah ada! Jadi.. tunggu apa lagi? Jom kita buka stall untuk menjual aiskrim!

Dalam bab ini! Saya kongsikan 6 langkah persiapan yang perlu dilakukan apabila tiba hari untuk anda membuka stall dan mula berniaga! Hanya perlu follow sahaja step yang ditunjukkan, insyallah rasa nervous itu akan hilang! :)

.


 

 

Mari Saya Tunjukkan Anda Bagaimana Anda Boleh Bekerja Di Singapura Dengan Gaji 3X Ganda Lebih Besar DAN Jimat Beribu-ribu Ringgit Tanpa Perlu Membayar Khidmat Agen!

 

Buat masa ini (24.10.2022), kadar tukaran matawang antara Singapore Dollar  – Ringgit Malaysia  ialah sekitar 1SGD = RM3.34

Sebab itulah saya katakan, anda mampu mendapatkan gaji 3X ganda lebih besar apabila anda bekerja di Singapura.
Mari saya tunjukkan  anda beberapa contoh tawaran kerja di Singapura yang ada.

Senarai kerja diatas hanyalah bekerja sebagai tukang cuci sahaja. Ianya tidak memerlukan sebarang sijil kemahiran. Manakala gaji yang ditawarkan sebagai tukang cuci pula dalam lingkungan $1500…. jika ditukarkan kepada matawang Ringgit Malaysia, ianya berjumlah RM5010!

 

Kerja Tukang Cuci sahaja, tapi.. gaji RM5010 ??

Itu baru kerja-kerja yang tidak berkemahiran (unskilled).

Kerja-kerja yang berkemahiran dan yang memerlukan  sijil (minima SPM) pula, gajinya adalah lebih tinggi dan lumayan.
Jika anda bekerja kilang sahaja pun dan mempunyai sijil SPM, kadar gaji yang boleh anda perolehi ialah sekitar SGD2,000 = RM6,000.

Ianya sangat lumayan!

Sebab itulah, kalau kita lihat orang-orang yang bekerja di singapura, dalam masa 1 atau 2 tahun bekerja, mereka sudah mampu untuk setelkan hutang PTPTN, beli kereta tanpa hutang, dan ada juga yang berjaya menyimpan puluhan ribu ringgit. Wang tersebut, ada yang digunakan untuk belanja kahwin ataupun dijadikan  modal untuk memulakan perniagaan dan juga pelaburan.

Jika anda pergi ke Johor Bahru, anda boleh lihat sendiri, ramai anak-anak muda di awal usia 20an, sudahpun memandu motorsikal berkuasa tinggi Ducati yang berharga sekitar RM80,000. Ianya adalah fenomena biasa.

 

Gaji Tinggi, Tapi Kos Sara Hidup Pun Tinggi?

Jika anda bekerja dan tinggal menetap di Singapura.. Ya! Kos sara hidup disana bukan sahaja tinggi!.. Malahan.. SANGAT TINGGI!

Sebab itulah, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, mengambil keputusan untuk tinggal menetap di Johor Bahru! Malahan, ada juga rakyat Singapura yang turut menetap di JB (banyak rumah-rumah di JB di beli oleh rakyat Singapura). Dengan cara ini, kos sara hidup mereka adalah pada kadar biasa seperti rakyat Malaysia yang lain, tetapi gaji mereka sangat tinggi, sebab gaji yang mereka terima adalah di dalam matawang Dolar Singapura..

 

Jauh Nak Pergi Kerja?

Tahukah anda! Jarak antara Singapura dan Johor Bahru.. hanyalah sekitar 1km sahaja.

Orang yang tinggal di Seremban dan pergi bekerja di Kuala Lumpur setiap hari (sekitar 70km)…. jarak perjalanan mereka sebenarnya lebih jauh berbanding orang yang bekerja di Singapura dan tinggal di JB! (sekitar 20km).

Jadi, ianya bukanlah perkara asing dan pelik untuk bekerja di Singapura dan tinggal menetap di Johor Bahru.

4 Kelebihan Bekerja Di Singapura!

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.

 

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!

 

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu… gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

 

3. Mudah Berpatah Balik!

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan “dijual” oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda… anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM30 untuk pulang semula ke Malaysia. 

 

4. Sah & Kurang Risiko!

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.

Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.

 

 

MEPERKENALKAN E-BOOK PANDUAN MENCARI KERJA DI SINGAPURA

 

Terdapat 5 Bab Utama di dalam ebook ini! Berikut adalah bab-bab yang terkandung di dalam ebook ini!

 

BAB 1 : STRATEGI MENCARI KERJA

Ya! Untuk mencari kerja, kita perlukan strategi. Di dalam bab ini saya tunjukkan anda bagaimana anda boleh mencari peluang kerja kosong di singapura hanya secara online sahaja. Ada 5 website utama yang boleh anda gunakan!

Terdapat beribu peluang pekerjaan yang akan anda jumpai. Anda boleh lihat sendiri, berapakah gaji yang ditawarkan dan apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon. Anda boleh pilih kerja apa yang anda mahukan!.

Disini sahaja, anda sudah jimat masa dan beribu ringgit berbanding jika anda terus ke singapura untuk mencari kerja atau menggunakan khidmat agen untuk mencarikan kerja untuk anda.

 

BAB 2 : DOKUMEN-DOKUMEN PENTING

Ini bab yang sangat penting. Anda perlu tahu, apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk anda mencari kerja dan untuk anda masuk ke Singapura.

Undang-undang di Singapura agak ketat. Jika anda tercicir salah satu dokumen ini, anda mungkin tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura dan mungkin tidak akan diterima bekerja.

Malahan, sesetengah dokumen, mereka mahukan dokumen yang ASAL! Dokumen fotostat mereka tidak layan!.

 

BAB 3 : PENGANGKUTAN

Ada beberapa cara anda boleh memasuki Singapura. Sama ada menggunakan kereta, motosikal atau bas. Setiap satu cara diterangkan di dalam bab ini.

Pengangkutan untuk bergerak di dalam Singapura juga turut diterangkan di dalam bab ini.

 

BAB 4 : TEMPAT PENGINAPAN

Jika anda sememangnya tinggal di Johor Bahru bersama keluarga, ini mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi, bagi yang bukan berasal dari Johor Bahru. Anda perlukan tempat menginap sama ada sebelum mendapat kerja ataupun selepas mendapat kerja.

Jadi, dimanakah anda perlu menginap? Di dalam bab ini saya ada cadangkan tempat penginapan yang sesuai dengan kos yang rendah. Sesuai untuk penginapan sementara apabila anda sampai di Johor Bahru.

Malahan, saya tunjukkan juga cara-cara untuk anda mencari tempat tinggal yang tetap selepas anda mendapat pekerjaan di Singapura.

 

BAB 5 : HAL-HAL PENTING YANG LAIN

Di dalam bab ini, saya menerangkan hal-hal penting yang lain yang perlu anda tahu jika anda mahu bekerja di Singapura.

  • Apakah prosedur yang perlu anda lalui?
  • Perihal tentang gaji?
  • Siapa yang perlu membayar kos levi/permit kerja?
  • Bagaimana waktu bekerja di Singapura?
  • Bagaimana untuk solat? Adakah ruang solat disediakan?
  • Dimana untuk dapatkan makanan yang sedap dan murah?
  • Bagaimana pula dengan penggunaan telefon?
  • Apakah bahasa yang digunakan? Perlukah fasih berbahasa inggeris?

Semua persoalan diatas, akan terjawab di dalam bab ini!

 


 

6) ISI KANDUNGAN PROJEK PENTERNAKAN KAMBING

 

1. Kenapa Kambing?

Pada bab permulaan ini, saya kongsikan serba sedikit info berkaitan sejarah kambing serta apakah  7 kelebihan penternakan kambing berbanding ternak-ternakan lain.

 

2. Modal & Sumber Kewangan

Terdapat 4 cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan.

 

3. Tenaga Kerja - Siapa Nak Jaga?

Menjadi satu dilema yang besar, terutama sekali kepada anda yang masih bekerja makan gaji tetapi dalam masa yang sama, mahu memulakan projek penternakan kambing ini secara sambilan. Dalam bab ini, saya kongsikan 2 cara yang boleh anda gunakan untuk mencari orang menjaga ternakan anda.

 

4. Kandang Kambing

Ada banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan apabila hendak membina kandang kambing. Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang 10 perkara penting berkaitan kandang yang perlu anda tahu sebelum membinanya. Saya juga kongsikan beberapa gambarajah bentuk kandang kambing. 

 

5. Makanan Kambing

Untuk menghasilkan kambing yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri 3G (bukan talian 3G yer!) , faktor pemberian makanan adalah faktor yang penting.  Dalam bab ini, saya ceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh anda jadikan makanan kambing. Malah, dalam bab ini, saya siap tunjukkan juga secara bergambar, langkah-demi-langkah menanam rumput khas yang sememangnya adalah merupakan sumber utama makanan kambing. Dengan menanam rumput ini, anda akan dapat menjimatkan sebahagian besar kos makanan kambing.

 

6. Baka Kambing

Kambing ini memang ada banyak jenis dan baka. Jadi, dalam bab ini, saya kongsikan tentang 5 jenis baka kambing yang selalu di jadikan baka permulaan serta, bagaimanakah untuk memilih baka yang terbaik? Sebenarnya, ada teknik khas untuk memilih seseekor kambing itu, untuk dijadikan baka. Perkara ini sangat penting, sebab, kalau anda silap pilih baka, maka...kambing-kambing yang dilahirkan selepas itu, akan kurang berkualiti, kurus, dan mudah mendapat penyakit.

 

7. Pembiakan Kambing

Dalam bab ini, saya terangkan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anak dan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir.

 

8. Masalah Kambing

Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya.

 

9. Teknik Memerah Susu

Ini paling seronok, saya tunjukkan secara bergambar, bagaimana untuk memerah susu kambing dengan betul. Sebab, kalau silap perah, mahu kena terajang dengan kambing nanti.. He he! Seronok & puas beb dapat perah susu kambing nie!

 

10. Pengurusan Kambing

Jadual harian di dalam menguruskan penternakan kambing.

 

11. Pemasaran

Bila kambing dah banyak, mestilah anda nak jual pulakan? Jadi, dalam bab ini, saya senaraikan 8 kaedah dan saluran yang boleh anda gunakan di dalam memasarkan hasil penternakan kambing anda.


 

5) ISI KANDUNGAN BISNES IKAN TILAPIA

 

 

BAB 1: PENGENALAN IKAN TILAPIA
Mengandungi info asas pengenalan mengenai ikan tilapia seperti potensi penternakan,  jenis-jenis spesis ikan tilapia yang biasa diternak di Malaysia dan juga ciri-ciri Ikan Tilapia yang sesuai dengan cuaca dan iklim di Malaysia. Jenis-jenis ikan yang memberikan isi ikan yang akan memberikan keuntungan kelak dan jenis Ikan Tilapia baru yang boleh mencepatkan masa untuk tuaian.

 

BAB 2: PERIHAL KOLAM 
Maklumat lengkap berkaitan kolam. Dari mula mengenalpasti jenis kolam, lokasi yang sesuai untuk membina kolam, pengiraan kos membuat kolam, peralatan-peralatan yang diperlukan untuk membina dan mengurus kolam.  Turut diceritakan di dalam bab ini tentang aspek jadual pembersihan kolam .

 

BAB 3: BENIH IKAN
Bagaimana memilih benih ikan yang terbaik, berapakah saiz yang sesuai dan berapakah harganya? Berapa banyak benih yang diperlukan? Dimana mahu mendapatkan bekalan benih ikan? Semuanya ada di ceritakan di dalam bab ini

 

BAB 4: MAKANAN IKAN
Kolam dan selesai! Benih pun dah selesai! Sekarang, masuk pula bab makanan! Apakah makanan yang sesuai untuk ikan tilapia? Setiap peringkat tumbesaran ikan tilapia, memerlukan makanan yang berbeza! jadi, ketahui segala hal tentang makanan ikan di dalam bab ini!

 

BAB 5: MAKANAN RUMUSAN SENDIRI 
Menceritakan dengan ringkas bagaimana membuat makanan sendiri yang boleh menjimatkan kos penternakan serta menerangkan serba sedikit mengenai rumusan makanan serta alatan-alatan yang perlu ada.

 

BAB 6: PENYAKIT IKAN  & CARA RAWATAN
Senarai beberapa penyakit yang biasa menyerang ikan dan juga langkah-langkah bagaimana mengatasi atau merawat penyakit-penyakit tersebut.

 

BAB 7: PENJUALAN HASIL TERNAKAN
Bagaimana untuk menuai hasil ternakan? Berapakah harga jual yang mahu diletakkan? Kepada siapa ikan-ikan ini boleh dijual? Apakah faktor yang mempengaruhi harga jualan ikan? Semuanya di tunjukkan dalam bab ini!

 

BAB 8: KESILAPAN-KESILAPAN PENTERNAK IKAN
Ini adalah antara bab yang paling penting! Tidak ramai penternak yang ingin berkongsi tentang kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan yang boleh menyebabkan mereka kerugian berpuluh ribu ringgit sewaktu sedang mengusahakan projek penternakan ikan ini! Jadi, dalam bab ini, saya kongsikan kesilapan-kesilapan yang seringkali dilakukan oleh pengusaha penternakan ikan. Info di dalam bab ini sahaja mampu menyelamatkan berpuluh-puluh ribua wang anda!

 

BAB 9 : RISIKO PENTERNAKAN
Eh? Siapa kata menternak ikan tilapia ini tiada risiko? Dalam bab ini saya kongsikan 6 risiko yang sentiasa berlaku dan perlu dihdapai oleh penternak ikan tilapia. Anda perlu bersedia menghadapi risiko-risiko ini apabila ingin menjalankan projek penternakan ikan tilapia.

 

BAB 10: KISAH KEJAYAAN
Sedikit kisah-kisah kejayaan penternak lain sebagai suntikan motivasi untuk anda memulakan projek penternakan ikan tilapia.

 

BAB 11: ORGANISASI RUJUKAN
Senarai beberapa organisasi yang boleh membantu anda apabila anda menjalankan projek penternakan ikan ini. Organisasi ini sedia membantu dari segi ilmu, bantuan, pemasaran dan sebagainya.

 

BAB 12: PINJAMAN
Mungkin anda kekurangan modal untuk memulakan projek penternakan ikan ini. Jadi, disini, saya kongsikan beberapa agensi kerajaan dan pihak bank yang sedia menawarkan pinjaman bagi anda memulakan projek penternakan anda

 

BAB 13: PENDAFTARAN SYARIKAT/PERNIAGAAN
Apabila anda ingin menjalankan projek penternakan ini secara serius, maka adalah penting untuk anda mendaftarkan projek anda sebagai sebuah perniagaan atau syarikat. Ianya adalah bertujuan untuk anda menguruskan wang keluar masuk untuk projek anda serta memudahkan anda untuk membuat pinjaman kelak.

 

BAB 14: SENARAI SEMAK
Senarai semak yang boleh digunakan untuk membantu mengingatkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjalankan peniagaan ini.


7) ISI KANDUNGAN BISNES TUDUNG

 

 

  • BAB 1 : BELAJAR MENJUAL. Nyawa kepada setiap bisnes, adalah jualan (sales).Tanpa jualan, sesuatu bisnes itu tidak akan dapat hidup dan tidak akan memberi apa-apa faedah kepada diri anda! Disebabkan itu, langkah pertama yang perlu anda belajar terlebih dahulu , adalah belajar menjual! Ya! Belajar menjual! Bukannya belajar menjahit atau belajar membuat tudung! Saya sendiri, sepanjang 6 tahun saya menjalankan bisnes tudung.. saya tidak pernah sentuh mesin jahit untuk menjahit tudung! Skill penting dalam sesebuah bisnes, ialah skill menjual.. bukan skill membuat! Ada 9 soalan yang perlu anda jawab untuk memudahkan anda membuat jualan. Anda dapat jawab 9 soalan ini, insyallah aktiviti jualan anda akan menjadi lebih mudah.
  • BAB 2 : APA & SIAPA? Masih dalam fasa menjual. Dalam bab ini saya beritahu anda terus 3 golongan sasaran terbesar di dalam bisnes tudung. Anda tak perlu dah susah-susah nak fikir nak jual tudung kepada siapa. Targetkan sahaja tudung anda kepada 3 golongan ini! Insyallah, dengan hanya target 3 pasaran ini sahaja, jualan anda pun dah boleh cecah 5 angka dan stok tudung juga akan cepat habis!. Takdelah timbul masalah stok terperap bawah katil lama-lama.. :)
  • BAB 3 : SUPPLIER Hah! Ini RAHSIA BESAR  di dalam ebook ini! Saya bongkarkan 5 pembekal tudung yang saya gunakan sewaktu memulakan bisnes tudung! Bukan sekadar nama sahaja! Tetapi complete saya berikan sekali dengan nombor contact serta alamat mereka. Anda boleh borong terus dengan mereka. Kualiti tudung yang mereka bekalkan, memang tiptop! Satu perkara yang anda perlu tahu! Bila kita nak buat bisnes tudung ni.. kita tak boleh bergantung hanya kepada 1 pembekal sahaja. perlu ada 2-3 pembekal sebagai backup! Dengan adanya 2-3 pembekal, insyallah anda takkan mengalami masalah tudung kehabisan stok dan sebagainya!
  • BAB 4 : TIPS GAMBAR MEMUKAU Bila anda dah ambil tudung dari pembekal, langkah seterusnya adalah mengambil gambar tudung tersebut. Nak ambil gambar ini pun ada tekniknya! Bukan main ambil sahaja! Dalam bab ini saya berkongsikan teknik dan cara mengambil gambar yang memukau dengan bajet yang rendah! Anda tak perlu risau, saya takkan paksa anda beli kamera yang mahal-mahal dan upah jurufoto profesional. Gunakan sahaja camera handphone anda. Itupun sudah memadai sebagai permulaan. Apa yang penting! Model yang anda gunakan mestilah "real"!. Saya kongsikan banyak tips mencari model yang "real" di dalam bab ini!
  • BAB 5 : TEKNIK MELETAK HARGA Ada 4 Tips utama yang saya kongsikan di dalam bab perihal harga ini! Saya tunjukkan teknik bagaimana mengira harga kos dengan selamat! Perkara ini penting, kalau tidak, nanti penat sahaja anda jual beribu-ribu helai tudung, tapi sebenarnya tiada untung. Dalam bab ini juga, saya kongsikan teknik, bagaimana untuk bersaing dan berhadapan dengan penjual-penjual tudung lain yang suka main dan lawan harga! Apabila anda tahu teknik ini, anda dah tak perlu gentar bila lihat pesaing anda turunkan harga tudung mereka!
  • BAB 6 : AYAT IKLAN Hah! Bukan sahaja tips ambil gambar! Tips nak buat ayat iklan pun saya kongsikan dalam ebook ini! Ada 3 jenis ayat yang boleh anda gunakan apabila ingin mempromosikan tudung-tudung jualan anda. Ayat-ayat ini anda boleh gunakan sama ada di facebook ataupun instagram!
  • BAB 7 : LUBUK JUALAN Stok tudung dah ada, gambar dah ambil, ayat  pun dah siap! Sekarang, masa untuk menjual! Dalam bab ini, saya bukan share 2 atau 3 lubuk jualan... tetapi, saya kongsikan 10 tempat/lubuk yang boleh anda masuk untuk menjual tudung anda! Anda boleh cuba masuk ke dalam semua lubuk ini... atau boleh juga cuba 2-3 lubuk yang anda rasakan mudah dan sesuai dengan diri anda. Dengan adanya 10 lubuk jualan ini, adalah agak mustahil untuk anda tidak dapat menjual tudung anda!
  • BAB 8 : PACKAGING Perkara ini mungkin anda sudah tahu! Tetapi dalam bab pembungkusan ini, saya kongsikan pihak supplier yang dapat membekalkan bahan-bahan untuk perkara berkaitan pembungkusan seperti plastik bungkus, plastik poslaju dan sebagainya.
  • BAB 9 : PENGHANTARAN Dalam bab ini, saya kongsikan cara, bagaimana untuk mendapatkan kos penghantaran poslaju yang lebih murah dari kadar biasa. Saya juga tunjukkan cara, bagaimana anda tidak perlu lagi bersusah payah ke pejabat pos untuk membuat penghantaran, malah, abang posmen yang akan datang ke rumah dan ambil barang yang anda mahu poskan!
  • BAB 10 : CASE STUDY - BAGAIMANA SAYA MENJANA UNTUNG RM15,000 MENJELANG RAMADHAN. Hah! Ini adalah bab yang paling HOT! Dalam bab ini, saya tunjukkan step-by-step, bagaimana saya menyusun strategi untuk mendapatkan jualan dan keuntungan yang besar apabila tiba musim perayaan. Dari mula memilih produk killer, pengiraan modal dan kos, proses order, tawaran pakej istimewa hinggalah kepada pengambilan staff pembantu dan penghantaran produk.Untuk case study ini, pemilihan masa dan tarikh adalah sangat penting! Anda perlu tahu, bila masa untuk bermula dan bila masa untuk selesaikan semuanya.

 

 

Siapa Saya?

 

 

Baiklah! Sebelum saya bercerita panjang lebar lagi, izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu!

Nama saya Faridil Atras , saya adalah pemilik kepada rangkaian homestay Fardain Place yang mana, telah saya mulakan sejak tahun 2014.

 

Alhamdulillah, dalam masa 4 tahun saya menjalankan dan menguruskan bisnes homestay ini, saya telah berjaya mengembangkan rangkaian homestay saya ini dari 1 buah sewaktu bermula, kepada 8 buah homestay di seluruh Malaysia. Pelanggan-pelanggan yang menetap di homestay saya juga bukanlah sekadar rakyat Malaysia, tetapi ada yang datang dari Perancis, Korea, Mesir, Jepun, China, US dan banyak lagi dari serata dunia.

 

Izinkan saya share beberapa keping gambar homestay saya dan juga gambar saya bersama pelanggan-pelanggan yang pernah bermalam di homestay saya.

 

 

Alhamdulillah, sepanjang tempoh 4 tahun ini juga, homestay saya telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan, antaranya, Anugerah Superhost Oleh pihak AirBnB pada tahun 2015 dan Anugerah Guest Review dari pihak Booking.com pada tahun 2017.

 

 

Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?

Di dalam ebook ini, saya pecahkan kepada 6 bahagian. Iaitu...
1. Bahagian Pemilihan & Pemilikan Homestay
2. Bahagian Mempersiapkan Homestay
3. Bahagian Pemasaran Homestay
4. Bahagian Pelanggan Check-in
5. Bahagian Pelanggan Check-out
6. Bahagian Mengembangkan Bisnes Homestay

Setiap bahagian pula terbahagi kepada beberapa bab. Secara keseluruhan, ebook ini mengandungi 27 Bab kesemuanya dengan jumlah mukasurat sebanyak 115 mukasurat. Ianya sangat padat dan lengkap.

Antara perkara yang disentuh di dalam ebook ini ialah seperti :-

Tips pemilihan jenis homestay! Tahukah anda, sebenarnya ada 6 jenis hartanah yang boleh anda buat menjadi homestay! Saya kongsikan setiap kelebihan dan kekurangan bagi setiap jenis hartanah tersebut!

Tips pemilihan lokasi! Ada 11 faktor yang akan menjadikan lokasi homestay anda HOT! Ketahui faktor-faktor ini!

 

Teknik mengenalpasti permintaan pelanggan terhadap homestay pada satu-satu kawasan. Ini adalah sangat penting sebelum anda mengambil langkah besar membeli apa-apa hartanah untuk dibuat homestay!

Bagaimana menjalankan bisnes homestay tanpa perlu anda keluar modal yang besar membeli hartanah! Ada 2 cara, saya kongsikan dalam ebook ini!

 

Berapa kos permulaan dan kos operasi untuk menjalankan bisnes homestay? Saya ada senaraikan semua kos-kos yang terlibat beserta anggarannya!

 

Saya sharekan juga formula pengiraan titik pulang modal (Return On Investment) untuk mengetahui, berapa lamakah tempoh yang perlu diambil untuk anda mula menjana keuntungan selepas anda mengeluarkan modal menjalankan bisnes homestay ini!

Bagaimana pula menghias homestay agar nampak ekslusif? Ada 4 tema yang boleh anda gunakan untuk menghias homestay anda!

Saya kongsikan 6 langkah mudah untuk mempersiapkan homestay anda mengikut bajet yang ditetapkan.

Apakah barang asas yang perlu ada dan barang sampingan yang mesti ada untuk menaikkan nilai sewaan homestay anda? Semuanya sudah saya senaraikan di dalam bahagian ini!

 

Lepas dah tahu barang yang perlu dibeli.. di mana pula nak beli barang-barang tersebut dengan harga yang berpatutan?

Macam mana nak kira dan letak harga sewaan homestay? Ada 4 langkah yang perlu anda lakukan untuk menentapkan harga yang berpatutan pada homestay anda! Malah saya berikan juga FORMULA kiraan harga yang tepat!

 

Lepas homestay dah siap! Kena ambil gambar pula! Tapi.. itupun ada teknik dan rahsianya! Saya kongsikan 5 tips mendapatkan gambar yang memukau untuk homestay anda

Apa pula dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk menjalankan bisnes homestay? Ada 7 dokumen wajib yang perlu anda sediakan! Saya bukan sekadar huraikan penggunaan setiap dokumen! Malah saya berikan sekali template untuk dokumen tersebut!

Bab pemasaran pula! Macam mana nak buat? Dalam ebook ini.. saya tunjukkan 9 cara yang boleh anda lakukan untuk mempromosi homestay anda!

Saya kongsikan 30 website yang boleh anda gunakan untuk promosikan homestay anda!

Dari 30 website diatas, saya huraikan secara detail, 3 website yang paling utama. Apakah kelebihan dan kekurangan bagi setiap website tersebut!

Dalam bahagian in juga, saya tunjukkan secara step-by-step (secara bergambar) bagaimana untuk menyenaraikan homestay anda di tiga website paling utama ini!

Lebih menarik, saya sharekan link pendaftaran di website Booking.com yang boleh menjimatkan anda dari dikenakan bayaran komisyen untuk 5 tempahan pertama yang anda terima menerusi website tersebut.

 

Antara perkara paling utama dalam bab pemasaran ialah mempunyai database prospek & pelanggan! Saya tunjukkan kepada anda, bagaimana anda boleh membina senarai database anda dengan mudah! Dengan database ini, ianya membolehkan anda mendapatkan tempahan berulang-ulangkali dari pelanggan yang sama!

 

Ada satu bab khas! Saya share teknik menjual homestay anda menggunakan WhatsApp.. siap dengan template ayat-ayat sekali saya beri! Anda cuma tinggal copy & paste sahaja!

Lepas dah promote dan dapat tempahan... masa untuk sambut tetamu check-in pula. Jadi, saya tunjukkan macam mana cara nak sambut dan serah kunci yang efektif kepada tetamu homestay anda!

Saya sharekan juga teknik penyerahan kunci tanpa perlu anda bertemu dengan tetamu anda. Kaedah ini dipanggal "Self Check-in!".

 

Pelanggan ni memang ada bermacam-macam ragam... ada yang nak check-in awal tapi check-out lewat.. ada yang dah tempah tapi cancel last minit..  ada yang kata nak datang berdua.. sekali sampai di homestay dekat 10 orang..! Macam mana nak tangani karenah-karenah pelanggan seperti ini? Ada saya kongsikan di dalam satu bab khas tentang karenah pelanggan.

 

Bab deposit keselamatan.. perlukah minta? berapa nak minta? bagaimana nak minta? dan bila ia perlu dipulangkan kepada pelanggan? Ada saya ceritakan dalam satu bab khusus mengenai perkara ini.

 

Review yang positif untuk homestay anda adalah sangat penting! Jadi, saya kongsikan juga tips dan cara berinteraksi dengan tetamu homestay anda agar mereka sentiasa berasa gembira sepanjang menginap di homestay anda! Bila mereka gembira, sudah pastinya mereka akan tinggalkan review yang sangat positif!

 

Bagaimana pula jika ada pelanggan yang ingin menempah untuk tempoh yang panjang? 1-2 bulan? Berapa pula nak caj? Adakah ikut kiraan hari? Saya kongsikan cara berurusan dengan pelanggan yang mahu sewa homestay anda dalam tempoh yang lama!

Selepas pelanggan dah check-out, rumah homestay perlu diselenggara dan dicuci. Apa yang perlu dicuci? Apa yang perlu diselenggara? Berapa kos dan kekerapannya? Saya turut kongsikan di dalam ebook ini.

 

Kerosakan kecil usah dipandang ringan. Saya pernah diberikan mendapat review yang negatif dari pelanggan hanya disebabkan oleh laci kabinet sukar untuk dibuka! Jadi, amat penting untuk kita membuat pembaikan dan penyelengaraan segera!

 

Di bahagian akhir ebook ini, saya kongsikan carta alir lengkap proses pengurusan homestay serta penggunaan borang & dokumen dari mula mendapat tempahan hinggalah sampai pelanggan checkout! Anda hanya perlu ikut sahaja gerak kerja carta aliran ini untuk mengurus homestay anda dengan sistematik dan lancar!

Dibahagian terakhir ini saya berkongsikan tips dan strategi bagaimana untuk menambah cawangan dan mengembangkan bisnes homestay!

 

Ada 2 strategi mengembangkan bisnes homestay! Saya kongsikan ia dalam bab terakhir ebook ini!

Banyak betul info-info serta ilmu pengurusan homestay yang saya tuliskan di dalam ebook ini! Saya pasti, ianya akan dapat membantu anda mendapat gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana memulakan dan menguruskan homestay dengan lebih berjaya dan lancar!