PROGRAM TAJAAN TUISYEN

Program Tajaan Tuisyen disasarkan kepada keluarga berpendapatan kurang / pada RM1,500 sebulan. Tajaan adalah untuk SATU SUBJEK  BAGI TEMPOH SEHINGGA PEPERIKSAAN AKHIR PADA TAHUN SEMASA. Kos tuisyen termasuk nota adalah ditanggung oleh Pusat Tuisyen Dinamik Pemikir selaku pihak yang menaja. Untuk sebarang pertanyaan hubungi talian 019 - 4038 355 / 05 - 4520 511

 

Berikut adalah syarat dan terma permohonan:

 

  1. Permohonan adalah melalui Borang Online di page ini. Boleh buat secara manual dengan hadir ke pejabat kami.
  2. Keutamaan kepada anak warga Slim River dan terbuka kepada semua kaum. Tempat adalah TERHAD 15 PELAJAR PADA TAHUN SEMASA.
  3. Pemohon mengemukakan salinan kad pengenalan ibu bapa serta anak yang disahkan.
  4. Pemohon mengemukakan bukti pendapatan iaitu melalui slip gaji atau perakuan daripada pegawai kerajaan yang dibenarkan. Jika ibu atau bapa tunggal, pemohon diminta kemukakan dokumen bukti sokongan yang disahkan.
  5. Permohonan yang berjaya akan dikeluarkan surat tawaran tajaan tuisyen.
  6. Pelajar hendaklah mengemukakan keputusan terakhir dalam subjek yang ingin diikuti untuk tujuan rekod serta persediaan guru di Pusat Tuisyen
  7. Ibu bapa hendaklah cakna dengan laporan sikap dan akademik bulanan yang dikeluarkan oleh pusat tuisyen.
  8. Pusat Tuisyen berhak membatalkan tawaran tajaan jika didapati pelajar gagal hadir untuk sesi kelas tanpa sebab yang munasabah.